suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelar Wenger Pakar Kegagalan, Mourinho Enggan Mohon Maaf

JOSE MOURINHO tidak berhasrat untuk memohon maaf kepada Arsene Wenger selepas menghina pengendali Arsenal itu dengan menggelarnya sebagai 'pakar kegagalan' pada musim lalu.

Mourinho menghina Wenger selepas Chelsea berjaya menewaskan Arsenal 6-0 pada musim lalu.

Kenyataan itu kembali menghangatkan Liga Perdana Inggeris apabila kedua-dua pasukan akan kembali bertemu selepas perlawanan berkenaan di Stamford Bridge pada Ahad.

Bagaimanapun perhubungan antara kedua-dua jurulatih terbabit telah retak sebelum kenyataan tersebut dikeluarkan lagi.

"Saya tidak berhasrat untuk meminta maaf kerana saya juga tidak minta supaya dia (Wenger) meminta maaf dengan apa yang telah dia katakan sebelum ini.

"Hal itu telah selesai dan kita perlu memberi perhatian terhadap perlawanan besar kali ini. Kami berdua memimpin dua kelab terbesar dan mempunyai berjuta-juta peminat. Jadi tiada masalah (untuk berlawan)," jelas Mourinho.

Chelsea, Arsenal

Artikel Sebelum

Mana Hilangnya KP MSN?

Artikel Berikut

Artikel Lain