suria

Skuasy Wanita Mara Ke Perlawanan Akhir

Nicol menewaskan lawannya dari Hong Kong Annie Au dalam aksi separuh akhir.
INCHEON: Pasukan skuasy wanita Malaysia menempah tempat ke perlawanan akhir acara itu di Sukan Asia ke-17, di sini pada Jumaat selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada perlawanan separuh akhir.
 
Low Wee Wern bermula dengan baik mengalahkan pemain Hong Kong, Chan Ho Ling 11-5, 11-5, 11-7 dalam tempoh 32 minit.

Malaysia mendapat mata kedua selepas pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David menewaskan Annie Au 4-11, 11-5, 11-8 dan 11-6 dalam masa 44 minit.

"Perlawanan kali ini mencabar dan Wee Wern mendapatkan mata keyakinan untuk pasukan. Saya cuma buat apa yang perlu saya lakukan. Annie mempamerkan permainan skuasy yang hebat dalam perlawanan pertama. Saya perlu mengubah strategi permainan dan tidak memberi ruang seperti yang diperolehinya pada perlawanan itu," katanya.

"Kami bersaing rapat di dalam permainan ketiga tetapi tanpa ragu saya perlu melajukan permainan dan kurang memberikan peluang mengikut rentak permainannya," kata Nicol.

Malaysia akan bertemu India yang menewaskan tuan rumah Korea Selatan 2-0 dalam perlawanan separuh akhir yang lain untuk menentang Malaysia di perlawanan akhir.

India diwakili Joshana Chinappa yang membelasah Park Eunok 11-6, 13-11 dan 11-8, sementara Dipika Rebecca Pallikal, menewaskan Song Sunmi 11-4, 11-5, 8-11 dan 11-5.

"Kami merasa gembira mara ke perlawanan akhir. Kami akan melakukannya dengan baik dan memberikan yang terbaik," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain