suria

Diego Costa Anggap Sergio Aguero 'Tuhan', Sedia Berentap

DIEGO COSTA bersedia untuk 'berentap' dengan pemain yang digelarnya sebagai 'tuhan' iaitu Sergio Aguero ketika Chelsea bertemu Manchester City pada Ahad.

Costa merupakan pemain yang mendapat banyak tunjuk ajar daripada Sergio Aguero ketika kedua-dua mereka mewakili Atletico Madrid.

Costa yang merupakan pemain kelahiran Brazil tetapi menyertai skuad kebangsaan Sepanyol kini berjaya menghasilkan tujuh gol dalam empat perlawanan sebelum bertemu City.

"Saya kenal dia ketika di Atletico, Sergio adalah 'tuhan'. Tahukah anda bahawa dia seorang pemain terbaik.

"Realitinya, saya banyak belajar daripada dia - tetapi sekarang kita akan lihat siapa lebih cemerlang.

"Saya suka melihat dia bermain. Saya melihat dia sebagai seorang penyerang terbaik.

"Saya gembira ketika bermain bersama dia, pada saya dia seorang pemain yang hebat. Dia salah seorang penyerang terbaik di dunia," jelasnya.




Manchester City, Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Lain