suria

Guardiola Berang Van Gaal Dakwa Pemain Bayern Ingin Sertai MU

Pep Guardiola (kiri) berang dengan dakwaan Louis Van Gaal (kanan) bahawa setiap pemain yang dihubunginya suka untuk menyertai Manchester United.

PENGURUS Bayern Munich, Pep Guardiola berang dengan kenyataan Louis Van Gaal yang mendakwa setiap pemain yang dihubunginya teruja untuk menyertai Manchester United.

Berikutan itu, Guardiola menempelak Van Gaal dengan berkata, bintang Bayern seperti Arjen Robben, Bastian Schweinsteiger dan Thomas Muller adalah terlalu mahal untuk dibeli United dan pemain-pemain itu juga tidak ingin berhijrah ke mana-mana kelab ketika ini.

'Jika pemain mahu kekal, mereka boleh kekal," kata Guardiola sebagai amaran kepada pemain. 

Terkesan dengan kenyataan tersebut, pada malam Sabtu, Van Gaal yang merupakan bekas pengurus Bayern Munich, membalasnya dengan berkata: "Apa yang dikatakannya (Guardiola) tidak penting. Saya rasa setiap pemain yang saya berhubung ingin bermain untuk Manchester United.

'Agak sukar untuk dipercayai... walaupun kami tidak bermain untuk Liga Juara-juara Eropah, tetapi pemain bersedia untuk datang (ke United). 

'Ia mengejutkan, tetapi ini adalah kerana kehebatan kelab ini dan mereka percaya dengan projek yang telah kami mulakan sekarang."

Robben antara pemain tengah yang dikaitkan dengan United sebelum kelab gergasi England itu menandatangi kontrak bersama Angel di Maria sebagai ganti.

Selain itu Van Gaal turut didakwa akan membawa masuk bintang-bintang Bayern seperti Muller dan Holger Badstuber selepas kempen Piala Dunia.

Kedua-dua pemain terbabit telah diberikan peluang oleh Van Gaal untuk beraksi sebagai pemain utama Allianz Arena semasa masih remaja dan kesempatan itu menjadikan mereka sebagai bintang ketika ini.

Ditanya jika dakwaan Guardiola adalah benar dan United cuba untuk membeli pemain-pemain Bayern, Van Gaal berkata: "Orang selalu fikir apa yang dikatakan media adalah betul, tetapi ia (sebenarnya) tidak." 





Louis Van Gaal, Pep Guardiola

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain