suria

Liga Juara-Juara Eropah: Drogba Bakar Semangat Chelsea

KEPULANGAN Didider Drogba ke kem latihan Chelsea memberi rangsangan kepada rakan sepasukan untuk berhadapan kelab gergasi Jerman, Bayern Muninch dalam aksi Liga Juara-juara Eropah pada awal pagi Rabu.

Walaupun tidak akan diturunkan pada perlawanan tersebut kerana masih mengalami kecederaan buku lali, namun Drogba dilihat berlatih seperti biasa sambil memberi rangsangan kepada rakan-rakanya.

Dia juga kelihatan berlari laju tanpa sebarang kesakitan dalam memastikan rakan lain tidak gusar dan gentar untuk menghadapi cabaran itu.

Pada 2012, Drogba berjaya membantu Chelsea menjuarai Liga Juara-juara Eropah menerusi sepakan penalti apabila permainan terikat 1-1.

Bagaimanapun, bagi saingan kali ini pengendali Chelsea, Jose Murinho mempunyai pilihan penyerang lain yang lebih utama iaitu Diego Costa dan Loic Remy.

Berikutan itu, Drogba dijangka akan berada di bangku penonton untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

Chelsea, Didier Drogba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain