suria

Arsenal Tewas, Gerrard Bantu Kemenangan Liverpool

Aubameyang meraikan jaringannya.
ARSENAL tewas kepada Borussia Dortmund 2-0 dalam aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara di Signal Iduna Park, Jerman pada awal pagi Rabu.

Pasukan tuan rumah mendahului seawal minit ke-44 menerusi gol Ciro Immobile sebelum Pierre-Emerick Aubameyang melengkapkan gol kedua pada minit ke-48.

Arsenal mempunyai beberapa peluang untuk bangkit menerusi tiga percubaan Danny Welbeck tetapi tidak berhasil.

Dalam perlawanan berasingan, Steven Gerrard menjaringkan gol kemenangan Liverpool menerusi sepakan penalti untuk membenam Ludogorets 2-1 pada aksi Kumpulan B di Anfield.

The Reds yang beraksi buat pertama kalinya dalam tempoh lima tahun dalam aksi berprestij itu membuka jaringan pertama menerusi Mario Balotelli pada minit ke-82 yang memanfaatkan hantaran Fabio Borini.

Namun, juara kelab Bulgaria, Ludogorets menyamakan kedudukan pada minit ke-90 menerusi jaringan Dani Abalo.

Nasib ibarat menyebelahi pasukan kendalian Brendan Rodgers itu apabila pemain lawan, Milan Borjan yang baharu sahaja menyertai Ludogorets melakukan terjahan kasar terhadap Javi Manquillo sehingga memaksa pengadil untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool.

Gerrard muncul wira Liverpool apabila membantu pasukan itu mengutip tiga mata penuh bagi mengiringi Real Madrid yang turut berada di kedudukan teratas Kumpulan B selepas menewaskan Basel  5-1 di Santiago Bernabeu, awal pagi Rabu.
Arsenal, Liverpool, Liga Juara-Juara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain