suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Gagal Pertahan Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Denmark apabila tewas kepada Chen Long dari China di Odense, Denmark, Ahad.

Chong Wei, yang menyambut hari kelahirannya ke-31, terpaksa akur dengan ketangkasan Chen Long yang juga pemain nombor tiga dunia dengan straight set, 22-24 dan 19-21 dalam masa 68 minit.

Dengan kemenangan itu Chen Long membawa pulang US$30,000 (RM94,710) manakala Chong Wei selaku naib juara meraih US$15,200 (RM47,986.40).

Untuk rekod, Chong Wei meraih lima gelaran tahun ini iaitu Terbuka Korea, Malaysia, India, Indonesia dan Terbuka Jepun. - BERNAMA

Artikel Lain