suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Insiden Letupan: Sukan Sea Myanmar Tidak Terjejas - Sieh

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) percaya beberapa insiden letupan yang dilaporkan di Myanmar, sejak minggu lepas, tidak akan menjejaskan penganjuran Sukan SEA 2013 di negara berkenaan, Disember ini.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Sieh Kok Chi berkata kontinjen negara tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan semasa temasya dwitahunan itu kerana pihak berkuasa negara itu akan sentiasa memantau keadaan.

"Dahulu, ketika semua negara membuat persiapan Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India, berlaku insiden seperti itu (pengeboman) namun, semua atlet dan pegawai (kita) selamat," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau mengulas beberapa insiden letupan bom di Myanmar sejak akhir-akhir ini, termasuk di sebuah hotel mewah di Yangon, Isnin lepas, yang menyebabkan seorang warga Amerika Syarikat cedera.

Sieh berkata MOM akan mendapatkan penadangan daripada pejabat Kedutaan Malaysia di Myanmar berhubung insiden pengeboman tersebut.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia tetap dengan perancangan asal untuk menghantar kontinjen negara ke Sukan SEA Myanmar dan akan memantau situasi keselamatan dari semasa ke semasa. -BERNAMA

Artikel Lain