suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tumpuan Kelantan Tidak terjejas - Bojan Hodak

KOTA BAHARU: Spekulasi perpindahan lima tonggak menyertai pasukan baharu musim depan tidak pernah menjejaskan tumpuan Kelantan menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perbandaran Selayang, malam esok.

Jurulatih Kelantan Bojan Hodak yakin anak buahnya lebih bermotivasi selepas menumpaskan pasukan berbintang, Johor Darul Takzim (JDT) 6-1 pada perlawanan suku akhir kedua.

"Saya tidak fikir spekulasi perpindahan pemain akan menjejaskan tumpuan mereka ketika menentang ATM esok," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Lima pemain Kelantan Shakir Shaari, Faiz Subri, Azizi Matt Rose, Norfarhan Mohd dan S. Subramaniam dikatakan sudah bersetuju dengan tawaran JDT dalam Liga Super dan Johor FC dalam Liga Perdana tetapi belum menandatangani kontrak.

Mengulas perlawanan malam esok, Hodak berkata ia merupakan perlawanan sengit memandangkan Kelantan dan ATM merupakan antara pasukan utama musim ini.

"Kami positif untuk menang dalam setiap perlawanan. Semua pemain mempunyai mood yang baik selepas mengalahkan JDT...jadi kami yakin untuk memperoleh keputusan yang baik.

"Bagi kami, adalah baik perlawanan separuh akhir kedua di halaman sendiri pada 25 Okt ini...kami bermain di hadapan penyokong sendiri dan mempunyai kelebihan," kata jurulatih berusia 55 tahun dari Croatia itu.

Hodak juga berharap penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain tengah, Ahmad Fakri Saarani dan Shakir, yang beraksi untuk skuad Harimau Malaya pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain, Selasa lepas, berada dalam keadaan terbaik untuk perlawanan menentang ATM. - BERNAMA

Artikel Lain