suria

Hodgson Beri Kata Sinis Agar Pemain Lebih Fokus

Roy Hodgson
Roy Hodgson
Roy Hodgson

PENGURUS England, Roy Hodgson memberi kata-kata sinis kepada pemain-pemainnya menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 bertemu Poland Selasa ini.

Kemenangan 4-1 ke atas Montenegro Sabtu lalu melayakkan mereka terus mendapat tiket ke Piala Dunia di Brazil jika mereka turut menewaskan Poland di Wembley nanti.

Dan jika tewas, mereka perlu bemain secara play-off untuk mendapat tempat tersebut.

"Kadang-kala kita perlu bercakap sinis atau sedikit kasar walaupun mereka telah melakukan yang terbaik.

"Saya perlu bercakap demikian agar mereka terus memberi kepada perlawanan seterusnya untuk mendapatkan mata.

"Tiada apa yang perlu diraikan buat masa ini. Saya akan bercakap demikian sehingga dapat mendapat tempat ke Piala Dunia.

"Saya tidak fikir mereka akan terasa dengan apa yang saya cakap kerana ia adalah sesuatu yang baik," jelasnya.

Sebagai rekod, England tewas kepada Poland pada tahun 1973 ketika perebutan tempat ke Piala Dunia.

"Mereka tahu ini adalah sebahagian daripada tugas mereka yang perlu diselesaikan," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain