suria

Agong, Permaisuri Sertai Pertandingan Golf

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama (dari kanan) Bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Mohamad Shahrom Nordin, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Tunku Temenggong Kedah Brig Jen Datuk Seri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Sri Zulkiple Kassim bergambar pada pertandingan golf empat penjuru Piala Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Taiping Golf Resort, Perak pada Isnin. -FotoBERNAMA

TAIPING: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada Isnin berkenan menyertai pertandingan Golf Empat Penjuru Piala Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Taiping Golf Resort di sini.

Ketibaan Seri Paduka berdua disambut dua anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor serta Pengerusi MK Land Holdings Berhad Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.

Seri Paduka berdua kemudian berkenan bersarapan pagi bersama peserta golf sebelum memulakan 'tee off'.

Pertandingan anjuran bersama Rejimen Askar Melayu Diraja dan Kor Perkhidmatan Diraja itu diadakan buat kali kelima dan disertai 16 peserta terdiri daripada kerabat diraja dan warga angkatan tentera.

Objektif utama pertandingan Golf Empat Penjuru Piala Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang diperkenalkan pada tahun 2009 adalah bagi merapatkan hubungan dan silaturahim antara institusi diraja dan anggota tentera. -BERNAMA

Artikel Lain