Zulfahmi Sedia Beri Cabaran MotoGP Malaysia - Sukan | mStar

Zulfahmi Sedia Beri Cabaran MotoGP Malaysia

SEPANG: Pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin yakin masih mampu memberi saingan terbaik pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia di Litar Sepang dari 11 hingga 13 Oktober ini.

Biarpun baru sahaja menjalani pembedahan keretakan tulang pergelangan tangan, pelumba itu berkata ia adalah bonus sekiranya beliau dapat menaiki podium di hadapan penonton tempatan.

"Setakat ini saya rasa, jika saya dapat menghabiskan perlumbaan dalam kelompok lima pelumba terbaik, ia adalah satu pencapaian yang amat membanggakan," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Sepanyol di sini, Khamis.

Ketibaan beliau disambut ibu dan bapanya, Zarinah Parijan dan Khairuddin Weji serta Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC), Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali.

Pelumba Red Bull KTM Ajo berusia 21 tahun itu baru sahaja menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya di Hospital Universiti Barcelona, Sepanyol selepas terbabit dalam kemalangan pada perlumbaan Grand Prix Aragon, Ahad lepas.

Menurut Muhammad Zulfahmi, beliau akan mendapatkan rawatan susulan di Institut Sukan Negara (ISN) di samping berehat bersama keluarga.

"Selepas perlumbaan di Litar Misano (Grand Prix San Marino) keyakinan saya sudah kembali dan motosikal bukanlah lagi masalah untuk saya. Berbekalkan keyakinan itu, saya mahu menghabiskan baki perlumbaan dalam kedudukan 10 pelumba terbaik.

"Sekarang ini saya perlu mendapat rehat yang secukupnya dan rawatan yang baik. Akibat daripada kemalangan yang terbaru itu, badan saya masih merasa sakit. Bagaimanapun, ia bukanlah alasan untuk tidak memberikan prestasi perlumbaan terbaik di hadapan penyokong tempatan," katanya.

Selain perlumbaan GP Malaysia, Muhammad Zulfahmi masih mempunyai tiga lagi perlumbaan iaitu GP Australia (18-20 Okt), GP Jepun (25-27 Okt) dan GP Valencia dari 8 hingga 10 November ini.

Selepas 14 pusingan dalam MotoGP Dunia 2013, Muhammad Zulfahmi kini menduduki tangga ke-10 dengan 60 mata daripada 26 pelumba dalam kategori Moto3.

Sementara itu Ahmad Razlan berharap sokongan peminat-peminat sukan permotoran tempatan dapat membantu menaikkan semangat pelumba itu untuk menampilkan aksi terbaik di sini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Badminton:BAM-BKA Jalin Kerjasama

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain