Semua Anggota Gabungan FAM Tubuh Jawatankuasa Integriti - Sukan | mStar

Semua Anggota Gabungan FAM Tubuh Jawatankuasa Integriti

PUTRAJAYA: Kesemua anggota gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menubuhkan Jawatankuasa Integriti masing-masing seperti yang disarankan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, kata Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Satu taklimat khas akan diadakan oleh bersama dengan semua pengerusi jawatankuasa itu pada 17 Oktober ini bagi menyelaraskan tugasan masing-masing, katanya.

"Kalau kita (FAM) asyik mengarah sahaja, kita bimbang mereka (anggota gabungan) tidak memahami apa yang ingin kita sampaikan.

"Sekiranya wujud hubungan dua hala, maka senang untuk kita menyampaikan taklimat kepada mereka di samping mereka sendiri boleh mencadang idea-idea baru bagi mengatasi masalah rasuah bola sepak secara bersama," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM di Kelab Tasik Putrajaya di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Aseh mendedahkan bahawa salah seorang pegawai khasnya telah dihantar ke Perak bagi memantau siasatan kes rasuah yang membabitkan skuad Liga Super negeri berkenaan.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa pegawai itu hanya bertindak menjadi pemberi maklumat mengenai kes tersebut kepada badan induk bola sepak kebangsaan itu.

Namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan kes berkenaan memandangkan ia masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM masih dalam proses merakam percakapan beberapa individu berkaitan kes berkenaan.

"Kita berharap siasatan kes berkenaan dapat dijalankan secara telus dan harap SPRM mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan," katanya.

Isnin lepas, PAFA memutuskan untuk menggantung kesemua pegawai dan petugas pasukan Liga Super negeri itu selama dua minggu selepas mengesyaki berlaku elemen rasuah dan sabotaj dalam pasukan berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain