suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bola Sepak: Sesi Pemilihan Pemain Piala Presiden N. Sembilan 12-13 Oktober Ini

SEREMBAN: Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) akan mengadakan sesi pemilihan pemain pasukan Piala Presiden 2014 di padang Rahang Square di sini pada 12 dan 13 Okt ini.

Setiausaha Kehormat PBNS Datuk Abd Halim Abd Latif berkata sesi pemilihan akan berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 5 petang 12 Okt dan 2 petang hingga 7 malam pada 13 Oktober.

"Kelayakan umur pemain untuk pemilihan ini ialah mereka yang lahir pada atau selepas 1 Jan 1993. Sesi pemilihan ini memberi ruang kepada bakat muda untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap professional," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata ramai bakat muda telah dihasilkan oleh PBNS dan ramai juga di kalangan mereka telah bermain di liga perdana dan liga super.

Sebarang pertanyaan mengenai sesi pemilihan pemain itu boleh menghubungi Nik Shazly Anuar di talian 06-7628494.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain