suria

Basikal: PLBT Sasar Tempat Ketiga Terbaik

KUALA TERENGGANU: Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) menyasarkan tempat ketiga terbaik pada kejohanan Grand Prix (GP) Series Sirkit keempat berbasikal lebuh raya di Lumut, Perak pada 2 hingga 4 Nov ini.

Ketua Jurulatih PLBT, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata pada kejohanan kali ini, seramai 21 pelumba akan diturunkan dalam kategori junior dan senior.

Katanya PLBT menyandarkan harapan kepada tiga pelumba pelapis iaitu Abd Aziz Zahid, Iskandar Fitri Ahmad Sabti dan Ahmad Najib Ismail yang mempunyai kedudukan dan kutipan mata yang terbaik setakat ini.

"Kita menghantar 18 pelumba pelapis untuk diberikan pendedahan sebelum menyertai kejohanan yang lebih berprestij selain dapat membantu tiga pelumba harapan itu.

"Tiga pelumba yang kita senaraikan ini mempunyai pencapaian terbaik dan pada kejohanan kali ini kita berharap mereka dapat mengutip lebih banyak mata untuk muncul sebagai pelumba utama," katanya.

Syed Mohd Hussaini berkata persiapan rapi untuk menyertai kejohanan itu telah siap semuanya dan berharap kesemua pelumba dapat mempamerkan aksi yang terbaik sepanjang kejohanan itu bagi mengutip mata kejohanan serta memperbaharui rekod.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain