suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berhenti Ugut Penulis Sukan - NUJ

KUALA LUMPUR: Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) menggesa Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan sukan kebangsaan agar berhenti mengugut penulis sukan dengan tindakan menghantar notis perundangan kerana menerbitkan laporan yang tidak memihak kepada mereka.

Setiausaha Agung NUJ, V.Anbalagan berkata, penulis sukan seperti juga wartawan lain menjalankan tangungjawab awam mereka untuk berkhidmat kepada para penonton, pembaca, pemerhati atau pendengar.

"Kerajaan memperuntukkan dana untuk membangun dan mempromosi acara sukan dan wartawan mempunyai hak untuk mendedahkan perbuatan salah dan salah urus.

"NUJ percaya penulis sukan dan organisasi media menyumbang laporan yang adil termasuk memberi hak menjawab kepada pihak yang terkilan," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Kenyataan itu sebagai respons kepada dua bekas wartawan Malay Mail yang diberikan surat permintaan oleh MSN atas berita yang diterbitkan tahun lepas dan tahun ini.

Anbalagan juga memberi jaminan akan mempertahankan hak penulis sukan dalam menjalankan tugas mereka agar bebas daripada sebarang gangguan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain