suria

Van Gaal Kembali Latih Skuad Belanda

Van Gaal menandatangani kontrak bersama skuad Belanda selama dua tahun.
Van Gaal menandatangani kontrak bersama skuad Belanda selama dua tahun.
Van Gaal menandatangani kontrak bersama skuad Belanda selama dua tahun.

PERSATUAN Bola Sepak Belanda (KNVB), Louis van Gaal dilantik sebagai jurulatih baru pasukan The Oranje mengantikan Bert van Marvijk.

Van Marwijk meletak jawatan utama skuad bola sepak Belanda selepas tewas di peringkat kumpulan pada aksi Euro 2012 baru-baru ini.

Van Gaal,60, kembali mengemudi skuad kebangsaan selepas turut menjadi jurulatih pasukan tersebut pada tahun 2000-2002.

Bekas pengurus Bayern Munich ini bersetuju untuk menandatangani kontrak selama dua tahun.

"Saya teruja apabila menerima tawaran KNVB ini. Ia dianggap sebagai cabaran dan saya telah lama menunggu peluang ini," jelas Van Gaal yang akan dibantu Danny Blind (bekas kapten Ajax Amsterdam).

Menurut kenyataan KNVB, pihaknya mencari jurulatih yang mempunyai pengalaman, personaliti dan kemahiran profesional.

"Van Gaal telah membuktikan kemampuannya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan kami tahu tahap dedikasinya sebagai jurulatih," kelas Pengarah KNVB, Bert van Oostveen.

Jurulatih veteran ini meletak jawatan sebagai jurulatih selepas pasukan Belanda gagal layak ke aksi Piala Dunia 2002.

Manakala karier juerulatihnya bermula pada tahun 1991 dengan membawa pasukan Ajax memenangi tiga gelaran liga dan Piala Belanda.

Dia juga turut membawa pasukan memenangi Pial UEFA 1992, trofi Liga Juara-Juara (CL) 1995, dan turut ke final CL 1996.

Selepas mengendali pasukan Ajax, Van Gaal memegang skuad Barcelona sebelum ditawarkan posisi jurulatih skuad kebangsaan.

Pada tahun 2009, Van Gaal menyertai pasukan Az Alkmaar dan meraih trofi Piala Belanda.

Selepas itu Van Gaal bertukar angin ke Bayern Munich dengan memenangi kejuaraan berganda pada tahun pertama bersama skuad itu dan turut mara ke final CL.

Artikel Sebelum

Artikel Lain