Arsenal Terus Ditimpa Malang - Sukan | mStar

Arsenal Terus Ditimpa Malang

Pemain Blackburn, Scott Dann, Gael Givet dan Jason Lowe meraikan kejayaan mereka menewaskan Arsenal di Ewood Park, Sabtu. Robin van Persie dilihat meninggalkan padang dalam keadaan kecewa.
Pemain Blackburn, Scott Dann, Gael Givet dan Jason Lowe meraikan kejayaan mereka menewaskan Arsenal di Ewood Park, Sabtu. Robin van Persie dilihat meninggalkan padang dalam keadaan kecewa.

ARSENAL terus dirundung malang apabila mencatatkan kekalahan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada pasukan tercorot, Blackburn 3-4 di Ewood Park pada Sabtu.

Biarpun mendahului 2-1 pada babak pertama, benteng pertahanan Arsenal bagaikan hilang punca pada babak kedua dengan dua jaringan sendiri Alex Song dan Laurent Koscielny.

Sebaliknya, pengurus Blackburn, Steve Kean lega dengan kemenangan pertama pasukannya.

Pada aksi Sabtu, Gunners mendahului menerusi sepakan cantik Gervinho yang memperdayakan Paul Robinson pada minit ke-10, selepas menerima umpanan daripada Song.

Namun Blackburn menyamakan kedudukan menerusi Yakubu Aiyegbeni pada minit ke-25.

Mikel Arteta meletakkan Arsenal kembali mendahului pada minit ke-34 melalui gerakan bijak Aaron Ramsey, yang melorongkan bola ke kawasan tengah dan disudahkan oleh pemain dari Sepanyol itu.

Blackburn bangkit pada babak kedua menerusi tandukan Christopher Samba, yang terkena Song dan bola menerjah gawang Arsenal selepas lima minit permainan diteruskan.

Yakubu sekali lagi menjadi pemusnah Arsenal apabila meletakkan Blackburn mendahului pada minit ke-59.

Duka Arsenal terus bertambah selepas Koscielny tertampan bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-68, ketika cuba mengeluarkan bola lintang Martin Olsson dan meletakkan Blackburn dalam kedudukan semakin selesa.

Marouane Chamakh yang dimasukkan Arsene Wenger berjaya merapatkan jurang kepada 4-3 pada lima minit terakhir perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ahad

Artikel Berkaitan

Artikel Lain