suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ironman Langkawi Tahun Ini Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Kejohanan Ironman Triatlon Langkawi 2011, yang ditunda dari jadual asal Februari lepas, kini dibatalkan berikutan ketiadaan penaja.

Pengarah kejohanan Datuk A.Chandrakumanan berkata syarikat Ironman Malaysia Sdn Bhd, yang menganjurkan kejohanan itu, memerlukan RM3 juta bagi mengendalikan kejohanan itu di Pulau Langkawi.

"Peningkatan kos menyebabkan syarikat tidak mampu menanggung penganjurannya dan memohon Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil alih tugas sebagai penganjur tetapi belum mendapat reaksi positif," katanya kepada Bernama, di sini, Sabtu.

Justeru itu, kejohanan edisi ke-12 tahun ini terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa untuk mendapatkan penaja serta kalendar Ironman Dunia yang penuh.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan cuba menganjurkan kejohanan itu pada tahun depan.

"Saya akan berjumpa kembali dengan pihak KBS bagi memastikan kejohanan tersebut dapat diteruskan pada tahun depan," katanya.

Ironman Langkawi mengandungi tiga disiplin iaitu berenang 3.8 kilometer, berbasikal 180.2 kilometer dan larian sejauh 42 kilometer dan Pulau Langkawi menjadi antara lokasi pusingan kelayakan ke kejohanan dunia di Kona, Hawaii.-BERNAMA

Artikel Lain