suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei, Beregu Koo/Tan Mara Ke Pusingan Akhir

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong mara ke pusingan akhir Kejohanan All England yang berlangsung di Birmingham, England.

Juara bertahan Chong Wei menundukkan perseorangan China Chen Long 21-17, 21-13 pada perlawanan yang berlangsung awal pagi Ahad waktu Malaysia, menepati ramalan sebagai pilihan utama kejohanan badminton berprestij dunia itu.

Manakala pasangan beregu nombor lima dunia, Koo/Tan melangkah ke akhir kejohanan buat kali kedua sejak 2007 setelah menundukkan regu China Cai Yun/Fu Haideng 21-11, 23-21.

Chong Wei akan berdepan musuh tradisi yang juga perseorangan ketiga dunia Lin Dan dari China, manakala Koo/Tan pula akan bertemu beregu nombor satu dunia Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain