Hodgson Minta Maaf Kepada Peminat The Reds - Sukan | mStar

Hodgson Minta Maaf Kepada Peminat The Reds

PENGURUS Liverpool, Roy Hodgson memohon maaf kepada semua pemainat setia pasukan itu kerana tidak menurunkan penyerang utamanya, Fernando Torres ketika menentang Utrecht pada saingan Liga Europa, Khamis.

Hogdson berjanji akan menurun Torres pada perlawanan ini, namun sehingga tamat perlawanan penyerang Sepanyol itu hanya berada di bangku simpanan.

Menurut Hodgson, Torres terpaksa diketepikan selepas mendapat nasihat daipada pasukan perubatan agar merehatkan Torres.

“Saya dinasihatkan agar tidak mengambil risiko menurun Torres walaupun pada mulanya saya memang berniat menggunakan dia bagi 45 minit ataupun sehingga mendapat jaringan gol.

“Mereka memberitahu, risiko untuk Torres kembali mendapat kecederaan mungkin ada. Selepas ini kami akan mengadakan latihan esok, dan sekiranya dia mampu bertahan 45 minit, ia adalah sesuatu yang bagus.

“Saya berpuas hati kerana mengubah fikiran untuk kebaikan Torres,” katanya.

Hodgson berkata, pasukannya telah melakukan banyak kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan pada perlawanan ini.

“Saya dapat rasakan, kami semua kecewa dengan aksi ini, lebih-lebih lagi tiada percubaan menjaringkan gol dilakukan.

"Masalahnya ialah kami mengabaikan kualiti taktikal, malah apabila mereka mendapat bola, mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Saya mengharapkan mereka menunjukkan prestasi terbaik, namun ia tidak berlaku walaupun saya sedar ia mungkin pengalaman pertama bagi sesetengah pemain,” katanya.

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi