suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

48 Pelayar Dari 12 Negara Sertai Klinik Pelayaran Antarabangsa Di Langkawi

LANGKAWI: Seramai 48 pelayar dari 12 negara menyertai Klinik Pelayaran Antarabangsa Langkawi 2010 di Kompleks Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini mulai Khamis.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata antaranya ialah pelayar tuan rumah Malaysia, New Zealand, India, Tanzania, Singapura, Indonesia dan Iran.

"Klinik itu diadakan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Pelayaran Antarabangsa Optimist Dinghy Association (IODA) Dunia 2010/2011 di sini yang bermula dari 28 Disember ini hingga 8 Januari 2011," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Klinik 10 hari itu dikendalikan beberapa jurulatih dan ia dipenuhi ceramah serta latihan pelayaran.

Sementara itu 57 negara sudah mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan IODA yang melibatkan 252 pelayar.

Antara negara yang mengesahkan penyertaan mereka ialah tuan rumah Malaysia, Brazil, Peru, Itali, Turki, United Kingdom, Jerman, Finland, Norway, Australia, New Zealand, Hong Kong, Thailand dan Singapura.

Katanya kategori optimist individu dan berpasukan lelaki serta wanita dipertandingkan pada kejohanan 10 hari anjuran MYA itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain