suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi Bekas Pemain Perak Kembali Kuatkan Skuad Seladang

IPOH: "Bagai sirih pulang ke gagang", kini giliran Wan Hossen Wan Abdul Ghani untuk kembali bersama skuad Seladang bagi mengharungi musim Liga Malaysia 2011.

Sebelum ini tiga rakannya iaitu Chan Wing Hoong, Shahrulnizam Mustapha, dan Muhammad Syafiq Jamal kembali membantu pasukan yang pernah mendidik mereka menjadi pemain yang disegani.

Wan Hossen yang sebelum ini bersama pasukan Pulau Pinang adalah bekas pemain skuad Piala Presiden negeri Perak yang diserapkan ke pasukan Liga Super sebelum mengambil keputusan meninggalkan Perak musim lalu.

Presiden Pafa, Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata pihaknya telahpun menerima surat pelepasan dari Persatuan Bolasepak Pulau Pinang untuk mendapatkan khidmat Wan Hossen hari ini. - BERNAMA

Artikel Lain