suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beckham Turun Padang

BEKAS kapten England, David Beckham bakal beraksi setelah lebih kurang lima bulan berehat gara-gara dibelenggu kecederaan.

Beckham akan bersama kelabnya, LA Galaxy menentang Columbus Crew pada perlawanan Liga Amerika (MLS) pada 11 September ini.

Kecederaan tendon archilles yang dialami itu berlaku ketika dia beraksi bersama AC Milan sebagai pemain pinjaman sekali gus menghalangnya untuk tampil pada Piala Dunia Jun lalu.

"Doktor saya meramalkan akan sembuh pada bulan depan, namun saya yakin ia boleh baik sebelum tarikh yang ditetapkan berdasarkan pengalaman yang lalu.

"Saya berharap dapat bermain menentang Columbus ini biarpun hanya untuk 15 hingga 20 minit," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berikut

Atlet Negara Dapat Habuan Raya

Artikel Lain