suria

Balotelli Sertai Manchester City

MANCHESTER City menguasai aktiviti perpindahan pemain menjelang kemuncak pembukaan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan membawa masuk pemain Itali, Mario Balotelli (gambar).

Penyerang Inter Milan itu berlepas ke Manchester untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan City kemudian mengesahkan mereka menandatangani khimatnya selama lima tahun.

Pengurus City, Roberto Mancini turut melakukan kejutan dengan menamakan Robinho dalam skuad 25 pemainnya.

Pemain sayap Aston Villa, James Milner juga dijangka menyertai City dalam tempoh beberapa hari lagi dengan Craig Bellamy dan Stephen Ireland dalam proses meninggalkan Eastlands.

Balotelli yang menginjak usia 20 tahun Khamis lalu melakukan penampilan di peringkat antarabangsa untuk Itali ketika menentang Ivory Coast di London pada Selasa.

Menurut Mancini, beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan Balotelli yang pernah dipimpinnya ketika mengemudi Inter sebelum ini.

"Saya percaya Balotelli adalah pemain terbaik pada usianya di Eropah. Saya amat gembira dapat bekerjasama dengannya semula.

"Corak permainannya sesuai dengan aksi EPL kerana dia masih muda. Dia masih ada peluang besar untuk memperbaiki kelemahannya," katanya.

City akan bertemu Tottenham Hotspur dalam aksi pembukaan EPL hari ini. Kelab itu bagaimanapun tidak mendedahkan nilai perpindahan Balotelli tetapi ia dilaporkan mencecah 24 juta pound (RM118.6 juta).

Artikel Sebelum

Artikel Lain