suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 Pemanah Terpilih Galas Cabaran Di New Delhi

KUALA LUMPUR: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) akan menghantar 12 pemanah terbaiknya untuk menggalas cabaran ke temasya Sukan Komanwel yang akan berlangsung di New Delhi pada 3 hingga 14 Oktober depan.

Setiausaha Kehormat NAAM Abdul Hamid Hassan berkata skuad itu akan mengambil bahagian dalam acara Recurve dan Compound.

"Kita telah memilih seramai enam pemanah bagi acara Recurve dan enam lagi bagi acara Compound," katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.

Mereka yang dipilih bagi acara Recurve adalah Cheng Chu Siang, Arif Farhan Ibrahim Putra, Muhammad Izzudin Abdul Rahim bagi kategori lelaki, manakala kategori wanita terdiri daripada S. Anbarasi, Ng Sui Kim dan Shahira Abdul Halim.

Bagi acara Compound pula ialah Mohd Zaki Mahazan, Lang Hong Keong, Mohd Kaharuddin Ashraff bagi kategori lelaki, manakala kategori wanita pula terdiri daripada Sarita Chan Nom, Faten Nur Fatehah Mat Saleh dan Nurizah Ishak.

Abdul Hamid berkata skuad memanah negara dijadual menjalani latihan persiapan selama dua minggu di Korea Selatan pada awal September depan.

"NAAM lebih fokus kepada pemanah acara Recurve yang berpotensi mendapat pingat," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain