suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KBS Jalin Kerjasama Dengan Locog Babitkan Pertukaran Guru Sukan

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan akan menjalin kerjasama dengan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik London (Locog) dalam program 'International Inspiration' anjuran jawatankuasa itu.

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata program itu bermatlamat memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menyertai bidang sukan.

Katanya, antara kerjasama yang akan diadakan ialah pertukaran guru-guru sukan antara kedua negara.

"Kita juga berharap dapat berkerjasama dengan Locog untuk membolehkan pelajar-pelajar kita di London menjadi sukarelawan pada Sukan Olimpik di London nanti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Locog Colin Moynihan di pejabatnya di sini, Khamis.

Mengenai latihan pemain badminton negara di Pusat Latihan Prestasi Tinggi (PLPT) di Universiti of Bath, England pada 23-28 Ogos, Ahmad Shabery berkata latihan itu untuk menyesuaikan pemain dengan zon masa yang berbeza dan sebarang keadaan yang tidak dijangka. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain