suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelantan bangkit tewaskan KL PLUS 10

KUALA LUMPUR: Selepas lima kekalahan berturut-turut, Kelantan malam tadi bangkit dengan semangat baru apabila menewaskan KL Plus 10 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dekat sini.

Kemenangan itu sekaligus menebus kekecewaan pasukan bimbingan Peter Butler itu yang tewas 02 dalam perlawanan Liga Super dengan pasukan yang sama Sabtu lepas.

Gol Kelantan hadir pada minit ke34 apabila rembatan menarik Zairul Fitri Ishak berjaya menumpaskan penjaga gol KL Plus.

Asakan demi asakan Kelantan selepas itu tidak berjaya menghasilkan gol, dan keputusan perlawanan kekal 10 sehingga wisel penamat.

Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pula, Kuala Terengganu menumpaskan Johor FC 32 untuk mengutip mata penuh perlawanan.

Gol Terengganu disempurnakan oleh hatrick Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit ke-26, 56 dan 91, manakala gol Johor FC dijaringkan oleh Eddy Helmi Abdul Manan pada minit ke-37 dan Md Azizan Baba pada minit ke-58.

Di Stadium Negeri, Ipoh Perak menumpaskan Kedah 10 apabila kesilapan pemain pertahanan Kedah Sabri Md Abu mudah digunakan oleh Razali Umar Kandasamy untuk menyumbat gol pada minit ke-47 perlawanan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain