suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti Safiyah menang Ranking Masters Dunia

KUALA LUMPUR: Pemain boling kebangsaan, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman menang kategori wanita pada Ranking Masters Dunia ke-9 yang berlangsung di Naples, Itali, malam Sabtu.

Beliau menewaskan Tina Hulsch dari Jerman 215-199 dan 175-166 untuk 2-0 pada pusingan akhir yang diadakan di Oltremare Bowling Arena.

Siti Safiyah Amirah, 18, muncul sebagai satu-satunya pemain boling Malaysia dan Asia mara ke pusingan suku akhir kalah mati pada kejohanan itu.

Dengan kemenangan itu, beliau merupakan pemain boling wanita Malaysia kedua menjuarai gelaran itu.

Pemain wanita pertama Malaysia memenangi Ranking Masters Dunia ialah Wendy Chai di Senayan Sportainment, Jakarta tahun lepas. BERNAMA

Artikel Lain