suria

KIL Kupas Persoalan Bunuh Diri

Filem KIL menyaksikan lakonan mantap Redza Minhat dan Cristina Suzanne
Filem KIL menyaksikan lakonan mantap Redza Minhat dan Cristina Suzanne
Filem KIL menyaksikan lakonan mantap Redza Minhat dan Cristina Suzanne

Filem: KIL

Pelakon: Redza Minhat, Cristina Suzanne, Dira Abu Zahar, Atilia Haron, Harun Salim Bachik

Pengarah: Nik Amir Mustapha

Durasi: 1 jam 30 minit

Tayangan: 30 Mei 2013

FILEM KIL mengisahkan seorang lelaki bernama Akil atau Kil (Redza Minhat) yang tertekan dengan kehidupannya dan cuba membunuh diri beberapa kali.

Bagaimanapun, percubaan Akil untuk membunuh diri melalui pelbagai cara tidak kesampaian dan gagal kerana perasaan takut dan sering diganggu.

Sehinggalah dia menjumpai iklan yang menawarkan bantuan kepada orang yang ingin membunuh diri.

Beliau telah menandatangani kontrak dengan organisasi misteri yang terlibat, tetapi selepas mengenali Zara (Cristina Suzanne), dia membatalkan hasratkan untuk membunuh diri.

Secara keseluruhannya filem ini mempunyai kekuatan tersendiri dan jalan cerita telah digarap dengan baik oleh pengarah muda, Nik Amir Mustapha.

Pembukaan cerita yang menunjukkan bagaimana Kil telah membuat percubaan membunuh diri menarik perhatian penonton untuk terus menonton filem ini sehingga kepenghujung.

Filem ini dilihat hampir dekat dengan masyarakat terutamanya yang pernah terfikir untuk membunuh diri bagi menyelesaikan masalah mereka.

Antara babak menarik ialah ketika Kil berada di atas bumbung dan berfikir untuk terjun, namun hasrat dibatalkan apabila melihat seorang remaja wanita terlebih dahulu berada di atas bumbung untuk terjun.

Sementara itu, beberapa adegan serius, lawak dan romantik diselitkan oleh Nik Amir bagi menghidupkan cerita ini dan menjadikannya lebih menarik.

Lakonan Redza Minhat berjaya mewarnakan watak Akil dengan memberi ekspresi dari segi bahasa tubuh, mimik muka, peranan mata dan senyuman untuk mengambarkan perasaannya tanpa banyak mengungkapkan dialog.

Penonton akan benar-benar memahami perasaan gembira dan kesedihan yang dilalui oleh Kil dalam filem ini.

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah, Redza Minhat, Cristina Suzanne, Harun Salim Bachik, Dira Abu Zahar, Juliana Evans dan ramai lagi.

Filem KIL telah berada di pawagam seleuruh negara bermula 30 Mei 2013.

Artikel Sebelum

Artikel Lain