suria

[V] Musa trauma, tercari-cari Mizz Nina selepas tiga minggu berjauhan... Alami cirit-birit, kuku panjang dan kotor

LEBIH tiga minggu berjauhan, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina mendakwa anak angkatnya menghadapi trauma ketika diambil bekas suami iaitu Noh Salleh pada Disember tahun lalu tanpa pengetahuannya.

Nina atau Shazrina Azman, 44, berkata, trauma itu berlaku kerana Musa sebelum ini tidak pernah berjauhan dengannya sebelum ini.

Ketika Musa kembali ke pangkuannya, Nina memberitahu Musa mengalami cirit-birit, muntah selain kukunya panjang dan kotor.

noh1 - 1

Musa mengalami trauma selepas terpaksa berjauhan dengan keluarga.

"Bayangkan kanak-kanak sekecil itu dibawa keluar dari rumah. Dia menjadi trauma sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan serta jiran yang memang rapat dengan dia.

"Dia menjadi trauma sebab tercari-cari mak dia, tapi tak jumpa. Dia mengalami ketakutan dan begitu juga saya yang risaukan tentang dia," katanya kepada pemberita.

Nina berkongsi perkara itu selepas prosiding menarik semua kes penjagaan penuh dan inter-parte anak angkatnya di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Mizz Nina hadir ke mahkamah, bakal perjelas isu anak angkat selepas prosiding selesai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami minta Noh jangan cari Mizz Nina isu anak angkat, boleh komunikasi dengannya di IG

Dalam pada itu, Nina memberitahu selepas anaknya itu dibawa pulang, dia membawa Musa berjumpa dengan pakar psikiatri bagi memastikan kesihatan mental kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik.

Kata Nina, sejak insiden itu, Musa menjadi seorang yang penakut seolah-olah hilang kepercayaan selain sentiasa berpaut padanya jika di bawa keluar.

"Sebagai contoh kalau saya mahu bawa dia keluar, Musa akan takut dan berpaut pada saya. Dia seolah-olah hilang kepercayaan dan rasa saya tidak akan kembali kepadanya.

noh2 - 1

Noh didakwa mengambil Musa tanpa izin.

"Disebabkan itu saya dan suami membawanya berjumpa doktor dan pakar psikiatri untuk melakukan pemeriksaan ke atas kesihatan fizikal dan mental Musa," ujarnya.

Sebelum ini, Noh didakwa melarikan Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan Nina dalam kejadian pada 19 Disember tahun lalu ketika dia dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Noh bagaimanapun menyangkal dakwaan wujudnya unsur menculik Musa sebelum menyerahkan kembali kanak-kanak itu kepada bekas isterinya pada 13 Januari 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain