suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tergelincir akibat lantai rumah basah, jari kelingking kaki Myra Natasha patah

Myra tergelincir di rumah kerana lantai basah.

MALANG tidak berbau... Akibat tergelincir jari kelingking kaki kanan pelakon Myra Natasha patah.

Myra atau Yusmyra Natasha Abdullah, 30, berkata, jarinya itu terkena pada bahagian tepi dinding ketika dia sedang berjalan ke arah dapur.

Kata Myra dia pada awalnya mendapati lantai dapurnya basah disebabkan air mengalir daripada mesih basuh miliknya rosak.

Myra perlu jalani pembedahan susulan.

"Okay jadi apa yang berlaku, saya berjalan ke arah dapur dan kemudian saya tidak menyedari mesin basuh saya rosak.

"Jadi lantai basah kemudian saya tergelincir dan jari kaki saya terkena tepi dinding," katanya.

Myra berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Myra Natasya menipu demi jaga nama baik, dedah Halim Othman dan ibunya tak pernah berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak marah pendedahan Myra Natasya, mengaku tak pernah kahwin Halim Othman

Pada awalnya Myra merasakan kecederaan dialami tidak serius malah menyangka ia cuma lebam biasa.

Bagaimanapun rasa sakit yang semakin teruk membuatkan dia pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan doktor, Myra jari kelingking itu patah dan perlu menjalani pembedahan secepat mungkin dan tidak boleh berjalan selama dua bulan. 

Myra dinasihatkan untuk berehat selama dua bulan.

"Mulanya saya fikir tiada apa-apa sebab bila periksa hanya lebam.

"Tapi selepas terasa sangat sakit saya terus ke hospital buat pemeriksaan lanjut.

"Jari kelingking saya perlu jalani pembedahan dan tidak boleh berjalan selama dua bulan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain