suria

“Saya pun kadang-kadang tertinggal” - Mira Filzah kongsi tip jaga solat, usaha perbaiki diri paling penting

Mira adakalanya berdepan dugaan dalam menjaga solat lima waktu.

SEBAGAI seorang manusia biasa, pelakon Mira Filzah juga adakalanya berdepan dugaan dalam menjaga solat lima waktu.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, dia juga pernah terlambat atau tertinggal solat namun sentiasa cuba memperbaiki diri dalam menyempurnakan kewajipan terhadap agama.

"Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada' (ganti) dan sebagainya.

Mira sentiasa cuba berusaha untuk kekal istiqamah dalam mendirikan solat.

Mira sentiasa cuba berusaha untuk kekal istiqamah dalam mendirikan solat.

"Tapi kita sama-sama perbaikilah yang penting usaha, buat juga," katanya.

Mira berkongsi perkara itu selepas menerima pertanyaan pengikutnya yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Individu berkenaan bertanyakan kepada pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini bagaimana dia menjaga solat dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan 'dan dan' repost, Mira Filzah tunjuk bukti hantaran mengenai Palestin di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi mangsa foto tak senonoh AI, Mira Filzah minta orang ramai buat report - "Saya sudah cuba tapi tiada hasil"

Dalam pada itu, Mira memberitahu jika seseorang itu menjadikan solat sebagai rutin harian, mereka pasti akan berasa janggal jika meninggalkannya.

"Macam mana ya nak cakap. Bila anda lakukan ia (solat) seperti rutin harian, anda akan terbiasa dan rasa pelik atau janggal sekiranya tidak buat.

"Contoh, anda bangun pagi keluar pergi kerja tak gosok gigi, tak boleh kan?," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain