suria

Bell Ngasri Bintang Paling Popular ABPBH35… Laungan ‘Yak Yak Yeay’ gamatkan Istana Budaya!

Bell Ngasri menepati ramalan pemenang Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35).

KEMPEN besar-besaran peminat buat Bell Ngasri berhasil apabila pelakon dan pelawak itu diumumkan sebagai penerima trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung pada malam Jumaat.

Pelawak yang terkenal dengan watak Barkoba iaitu lelaki yang malas puasa dalam telefilem 16 Puasa sebelum itu turut memenangi kategori Artis Komedi Popular menewaskan calon seperti Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

Meluahkan rasa gembira, Bell juga dilihat mengalirkan air mata tatkala naik ke atas pentas menerima anugerah.

“Syukur ke hadrat Ilahi. Ada juga orang minat hari ini menjadi bukti.

Bell Ngasri menepati ramalan pemenang Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35).

Bell mendedikasikan trofi kemenangan buat ibunya.

“Selama 37 tahun saya tak pernah nak popular. Saya masih ada dalam industri,” ucapnya.

Bell turut menujukan anugerah itu buat ibunya Habibah Jaafar yang banyak mendorong untuk terus berlakon sejak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa ramal Bell Ngasri dan 2 lagi nama bawa pulang trofi Bintang Paling Popular

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali tercalon top 5, persatuan ibu mengandung dan penduduk Sabah 'all out' kempen demi Bell Ngasri

Selain trofi Bell turut memenangi hadiah pakej mengerjakan umrah.

Sementara itu penyanyi Yuna pula menerima Anugerah Eksplorasi Seni sempena kejayaan mencipta nama di luar negara.

Manakala Tan Sri Michelle Yeoh menerima Anugerah Khas Ekspresi Legasi Seni.

Penyanyi Aina Abdul menepati ramalana apabila muncul sebagai pemenang kategori Penyanyi Wanita Popular menumpaskan empat calon lain iaitu Nabila Razali, Ernie Zakri, Siti Nordiana dan Wany Hasrita.

WhatsApp Image 2023-07-21 at 11.56.38 PM

Tyzo pemenang Penyampai Radio Popular.

Aina turut diumumkan pemenang kategori Lagu Paling Boom Popular iaitu Terus Hidup yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) pada Februari lalu.

Manakala Penyanyi Lelaki Popular pula milik Khai Bahar.

Bagi kategori BBNU Wanita Popular dimenangi aktres Anna Jobling yang turut menerima trofi Couple TV Popular bersama rakan gandingannya dalam Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen.

WhatsApp Image 2023-07-21 at 11.56.37 PM

Trofi Aktor TV Popular milik Meerqeen.

Anna turut membawa pulang trofi Aktres TV popular sementara Merqeen pemenang bagi kategori lelaki.

Fenomena drama berkenaan turut membuahkan hasil apabila membawa pulang trofi Drama Popular.

BBNU Lelaki Popular pula milik Amir Ahnaf yang namanya mula melonjak menerusi drama Projek: High Council.

Sementara itu, pelakon kontroversi Sophia Albarakbah membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang Aktres Filem Popular disamping Beto Kusyairy bagi kategori lelaki.

Berikut adalah senarai penuh pemenang ABPBH35

1. BBNU Lelaki Popular - Amir Ahnaf

2. BBNU Wanita Popular - Anna Jobling

3. TikTokers Popular - Sally Whoo

4. Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar

5. Penyanyi Wanita Popular - Aina Abdul

6. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular - Dolla

7. Aktor Filem Popular - Beto Kusyairy

8. Aktres Filem Popular - Sophia Albarakbah

9. Aktor TV Popular - Meerqeen

10. Aktres TV Popular - Anna Jobling

11. Penyampai Radio Popular - Tyzo

12. Pengacara TV Popular - Elly Mazlein

13. Artis Komedi Popular - Bell Ngasri

Pemenang 7 kategori Ekstra!

1. Couple Tv Popular - Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

2. Couple Filem Popular - Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)

3. Drama Popular - Melur Untuk Firdaus

4. Lagu Paling Boom Popular - Terus Hidup (Aina Abdul)

5. Content Creator Popular - Alieff Irfan

6. Tiktokers Popular - Sally Whoo

7. Lawak Viral Popular - Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain