suria

Najwa Latif sendiri terkejut sudah bergelar isteri, peminat nak cari pengganti presiden kelab single

Najwa Latif sah menjadi milik Akwa Arifin pada Jumaat.

BERITA pernikahan Najwa Latif pada Jumaat lalu sememangnya mengejutkan peminat apatah lagi penyanyi itu sering memberitahu dia masih solo.

Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latif, 27, berkata, dia sendiri sebenarnya terkejut dengan perkahwinan bersama penyanyi rap, Akwa Arifin seperti mana dirasakan peminat.

Namun penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu melahirkan rasa syukur kerana mengahwini Akwa yang disiatkan sebagai seorang lelaki yang menarik di matanya.

"Jangan cakap korang terkejut, kita orang pun terkejut. Alhamdulillah, saya sah menjadi isteri kepada lelaki hebat, Akwa Arifin," katanya.

Najwa Latif berseloroh terkejut bersama peminat.

Najwa berkongsi mengenai perasaannya itu menerusi Twitter miliknya.

Terdahulu, Najwa sah bergelar isteri kepada Akwa, 30, dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di kampung halamannya, Batu Pahat, Johor.

Akwa menyerahkan mas kahwin berupa 2.5 gram emas kepada Najwa dan pasangan itu diraikan dalam majlis kenduri di lokasi sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif selamat bergelar isteri rapper Akwa Arifin, terima mas kahwin 2.5 gram emas

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak cantik, tak bergaya” - Sedar diri tiada pakej setanding penyanyi lain, Najwa Latif tolak sertai pertandingan nyanyian

Pasangan ini dilaporkan sudah lama merancang untuk berkahwin namun memilih menghebahkan kepada umum selepas sah bergelar suami isteri.

Najwa dan Akwa popular dengan lagu duet berjudul Tak Kisah Pun dan Dua.

Sementara itu, peminat melahirkan rasa teruja selepas mengetahui Najwa sudah bertemu jodoh dengan Akwa.

Malah ramai mengakui sudah menghidu hubungan mereka dan secara berseloroh mahu mencari presiden 'single' bagi menggantikan dirinya.

Najwa dan Akwa sah bergelar suami isteri pada Jumaat.

"Tahniah Najwa, tak sia-sia sebelum ini kami hidu korang ada something. Suka bagi pick up line, tahu-tahu kahwin.

"Kami gembira untuk awak berdua. Masih ingat lagi bersiaran dekat Malaysia Hari Ini. Ally Iskandar tanya ada apa-apa ke? Tahu-tahu dah kahwin.

"Tahniah presiden single! Dah boleh lantik orang baru dah ni," komen peminat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain