suria

Selebriti dan penyampai radio rai ulang tahun ke-14 Suria FM dalam majlis Yasin dan doa selamat

Salam Suria 2022 turut disertai rakan selebriti dan penyampai radio Suria FM.

BAGI meraikan ulang tahun ke-14, stesen radio Suria FM mengadakan majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat bersama Suria Malaysia secara maya pada malam, Khamis.

Menurut Pengurus Besar Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, majlis itu juga diadakan bagi memanjatkan kesyukuran atas pencapaian sepanjang tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Suria FM turun padang bantu mangsa banjir... Sebak tengok keadaan rumah dan kereta musnah dipenuhi lumpur

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM mencatat peningkatan jumlah pendengar mingguan lebih 11 peratus, tempat keempat stesen radio berbahasa Melayu

DJ Lin turut memberitahu ia juga bertujuan untuk meraikan ulang tahun Suria ke-14 yang sepatutnya diadakan pada 24 November tahun lalu.

Suria 2

Bacaan doa oleh anggota kumpulan Hijjaz, Munif.

"Sebenarnya kami mengambil insiatif untuk menganjurkan majlis secara online. Ini kali pertama kami adakan majlis secara maya.

"Dengan kekangan Covid-19, kami mahu elakkan risiko daripada jangkitan virus tersebut. Sejujurnya majlis ini kami adakan untuk memanjatkan rasa syukur.

"Atas pencapaian Suria FM sepanjang tahun lalu. Untuk kita meraikan ulang tahun Suria FM yang sepatutnya pada 24 November tahun lalu.

"Selalunya majlis ulang tahun kami adakan konsert atau jelajah. Tapi kali ini kita lebihkan dengan rasa syukur dengan majlis begini," katanya kepada mStar.

Banyak juga kejayaan yang kami dapat capai tahun lalu.

DJ LIN

PENGURUS BESAR & PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Majlis yang diadakan secara maya bermula 9 malam, Khamis itu disertai oleh semua penyampai radio iaitu Ajak, Fizi Ali, Shiera, Tyzo, Suraya dan Feeya Iskandar.

Bacaan Yassin dan doa selamat dipimpin oleh anggota kumpula Hijjaz iaitu Munif dan Ustaz Adnin Roslan yang turut disertai barisan selebriti.

Antara selebriti yang menyertai iaitu Naim Daniel, Siti Nordiana, Wany Hasrita, UNIC, Bob Sentuhan dan Iwan Syahman.

Suria 1

Wany turut membuat persembahan pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, DJ Lin yang mengendali segmen Suria Cinta memberitahu Suria FM juga berjaya memecah rekod dengan menghasilkan keuntungan melebihi RM2 juta.

"Banyak juga kejayaan yang kami dapat capai tahun lalu. Antaranya jumlah pendengar yang sangat tinggi.

"Kami juga berjaya menghasilkan keuntungan syarikat melebihi RM2 juta. Ini pencapaian yang terbaik. Buat pertama kali dalam sejarah Suria FM Ditubuhkan.

"Kami sangat bersyukur Allah permudahkan segala perancangan yang kami aturkan pada tahun lalu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain