suria

“Teruskan usaha untuk pertandingan akan datang” - Insiden terkucil di AJL35, Jamal Abdillah nasihat Nabila Razali belajar kawal ’nervous’

Jamal Abdillah berkata insiden terkucil semasa menyanyi adalah perkara normal dilalui penyanyi.

INSIDEN penyanyi Nabila Razali 'terkucil' semasa menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), Ahad lalu terus menjadi perbualan hangat netizen termasuklah rakan selebriti.

Kali ini penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah pula tampil memberi sokongan dan menganggap kesilapan yang dilakukan Nabila itu adalah perkara biasa yang sering dilalui seorang penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Andai kata Nabila Razali tak ‘terkucil’, memang sedap! Komposer kongsi video ‘rehearsal’ AJL35... ramai puji

Menurut Jamal atau nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, kesilapan itu terjadi disebabkan perasaan gementar, lebih-lebih lagi apabila berada di pentas besar pertandingan.

TONTON VIDEO NABILA MOHON MAAF!

Penjelasan Nabila sejurus selepas AJL35 tamat.

"Melakukan kesilapan ketika menyanyi adalah perkara biasa... memang tak boleh elak.

"Rasa gementar itu memang akan ada. Sebagai penyanyi, kita perlu pandai mengawalnya.

"Teruskan berusaha untuk pertandingan-pertandingan akan datang. Saya sendiri pun pernah tergelincir ketika menyanyi. Itu memang perkara normal," katanya.

Lagu Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Jamal Abdillah diangkat memenangi tempat ketiga AJL35.

Penyanyi berusia 61 tahun ini berkongsi pandangannya itu semasa pelancaran lagu Neraca bersama duo rap, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Pada Ahad lalu, nasib tidak menyebelahi Nabila, 29, apabila persembahannya menerusi lagu Peluang Kedua di pentas AJL35 dikritik netizen apabila berlaku sedikit insiden ‘terkucil’ di bahagian korus ketika mendendangkan lagu tersebut.

Saya tak kisah orang cakap saya penyanyi lama tunduk kepada bakat muda asalkan ia untuk kebaikan bersama

JAMAL ABDILLAH

PENYANYI

Nabila merupakan antara 12 finalis berentap di pentas AJL35 yang berlangsung tanpa penonton.

AJL35 menobatkan lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai juara, tempat kedua Semalam (Aina Abdul) dan ketiga, Belenggu Rindu (Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah).

Jamal muncul dengan buah tangan baharu kolaborasi bersama duo rap, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Bercakap mengenai kolaborasi bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta dalam lagu Neraca, Jamal berkata dia sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan bakat-bakat muda.

Lebih-lebih lagi selepas kejayaan lagu Belenggu Rindu yang berjaya membuktikan dirinya seorang penyanyi yang kekal relevan sepanjang zaman.

"Apabila masuk studio, saya letak diri saya bawah sekali sebab mahu belajar daripada mereka. Saya tak kisah orang cakap saya penyanyi lama tunduk kepada bakat muda asalkan ia untuk kebaikan bersama dan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat tercapai.

"Saya pun menumpang populariti mereka... walaupun orang cakap saya lagenda, saya tidak kisah menumpang populariti mereka yang mana kita tahu karya mereka menjadi penerimaan anak-anak muda sekarang.

"Ini juga sebenarnya adalah cara saya untuk terus kekal dalam industri dan diterima oleh peminat-peminat muda," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain