Kanye West buat hal lagi, kali ini 'upload' video buang air kecil di trofi Grammy!

Kanye West tuduh syarikat rakaman eksploitasi orang kulit hitam . Foto - AP Photo/Michael Wyke

PENYANYI rap Kanye West menerusi laman sosial Twitter pada Rabu mengeluh dengan kontrak berkaitan syarikat rakamannya dengan memuat naik sebuah video menjengkelkan.

Video tersebut memperlihatkan seorang lelaki membuang air kecil di salah satu anugerah Grammy miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West umum bakal bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat, netizen luah rasa tak setuju!

Penyanyi lagu The Heartless yang mengalami gangguan bipolar ini memuat naik 10 halaman kontraknya dan menuduh syarikat rakaman itu mengeksploitasi artis kulit hitam.

Halaman tersebut menunjukkan helaian perjanjian mengenai yuran dan royalti yang diterimanya.

"Semua pemuzik akan bebas" ujarnya.

Video itu menerima lebih 13 juta tontonan dalam tempoh beberapa jam.

West, 43, salah seorang nama besar dan paling kontroversi, beliau menerima 21 trofi Grammy.

Dia ingin memiliki rakaman utama dari semua karyanya.

Gangguan bipolar adalah bentuk penyakit mental yang mengikut perubahan mood. Ia dapat dirawat dengan kombinasi ubat dan terapi.

SUMBER: AGENSI

Kanye West, Grammy, Kim Kardashian

Artikel Berkaitan

Artikel Lain