Penyanyi 90-an Dino Menara meninggal dunia selepas seminggu mengadu sakit perut

Dino pernah popular sekitar tahun 1990-an bersama kumpulan Menara.

PENYANYI 1990-an yang terkenal dengan lagu Sayang, Dino Menara disahkan meninggal dunia pada pukul 10.46 malam Khamis di Hospital Kota Belud, Sabah selepas mengalami sakit perut akibat gastrik.

Anak saudara kepada arwah iaitu Sara Feramona, 31, berkata Dino atau nama sebenarnya Rafdin Hj Mensing, 51, tidak mahu ke hospital biarpun sudah mengalami sakit perut selama seminggu.

"Arwah Dino disahkan meninggal dunia pada pukul 10.46 malam semalam di hospital. Arwah sudah mengalami sakit perut akibat gastrik sejak seminggu lalu tapi tidak mahu ke hospital.



Kumpulan Menara pernah popular menerusi lagu Memori Cinta Semalam.

"Tapi semalam selepas mengalami sakit yang teruk, dia terus dibawa ke hospital oleh isteri, adik ipar dan kakaknya," kata Sara ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Selain Sayang, Allahyarham Dino yang merupakan vokalis kumpulan Menara pernah popular dengan lagu rock Melayu antaranya Memori Cinta Semalam dan Dalam Emosi Cinta.

Selain Dino, kumpulan Menara turut dianggotai oleh Nuar (gitar utama), Yen (pemain bass), Jali (pemain bass) dan Lee (dram).

Dalam pada itu, Sara memberitahu jenazah arwah Dino masih berada di hospital untuk proses pengurusan dan berkemungkinan akan dikebumikan pada petang Jumaat.



Arwah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

"Sehingga kini, jenazah masih di hospital untuk segala pengurusan disebabkan krisis wabak Covid-19. Isteri arwah juga masih di hospital dan kami keluarga tunggu di rumah sahaja.

"Mungkin dalam petang nanti baru jenazah akan dikebumikan," ujarnya.

Allahyarham Dino meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dino, Menara, meninggal dunia,

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain