Tiada akaun media sosial, Juliana Evans perlu minta izin keluarga jika mahu anak berlakon iklan

Juliana Evans bahagia bergelar ibu. Foto Instagram @julianaevans

JIKA selebriti lain mewujudkan akaun Instagram khas untuk anak mereka, pelakon Che Puan Juliana Evans pula berpendapat masih belum ada keperluan untuk dia berbuat demikian.

Menurut Juliana, 30, dia lebih selesa berkongsi perkembangan anak perempuannya iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah menerusi akaun sama miliknya.

"Buat masa ini belum ada laman sosial, malah saya dan suami pun tak rancang untuk wujudkan akaun khas untuk anak kami.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terasa bagai mimpi!” - Juliana Evans kongsi wajah dan nama anak perempuannya Kamiliah

ARTIKEL BERKAITAN:Juliana Evans ada sebab rahsiakan kehamilannya daripada pengetahuan umum

"Kalau artis lain mungkin ada alasan tersendiri mengapa mereka mewujudkan akaun untuk anak, tapi saya pula lebih suka jika berkongsi hal anak di Instagram saya sendiri.

"Tambahan pula saya perlu mengendalikan tiga akaun untuk kegunaan peribadi dan perniagaan... jadi rasanya tak perlulah untuk anak, pakai sahaja akaun saya sendiri. Suami pun okay sahaja dan tiada paksaan tentang hal itu," katanya kepada mStar.

Juliana selesa berkongsi perkembangan anak di akaun miliknya sendiri.

Juliana ditemui semasa sidang media portal e-niaga, Cantix yang diadakan di Balai Berita NSTP, Bangsar, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pelakon filem Bella & Jamie ini merupakan salah seorang selebriti yang terlibat dalam jualan atas talian di portal tersebut.

Kalau boleh saya memang nak dedahkan anak dalam bidang ini, bermula dari kecil buat iklan macam saya dulu!

JULIANA EVANS

PELAKON

Ditanya adakah dia bersedia mendedahkan anaknya dengan dunia hiburan, Juliana berkata dia mempunyai keinginan itu.

Namun, dalam hal ini dia perlu mendapatkan persetujuan keluarga terlebih dahulu.

Juliana harap anak didedahkan dengan industri sejak kecil.

"Kalau boleh saya memang nak dedahkan anak dalam bidang ini, bermula dari kecil buat iklan macam saya dulu.

"Tapi saya dengan suami belum bincang lagi mengenai perkara ini dan kami perlu mendapatkan kebenaran keluarga terlebih dahulu," ujarnya.

Tengku Kamiliah atau Mily selamat dilahirkan pada 13 Julai lalu.

Juliana atau Juliana Sophie Johari Evans dan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, 31, mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017.

Juliana Evans

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain