suria

“Saya ikut cakap doktor bukan netizen” - Ayu Raudhah tak terkesan komen negatif tentang kehamilannya

Ayu Raudhah

PELAKON Ayu Raudhah berkata dia tidak membaca dan terkesan dengan komen-komen negatif netizen terhadap kandungannya yang kini sudah berusia enam bulan.

Ayu berkata, biarpun pelbagai pendapat netizen berkaitan kehamilannya, namun dia sudah mendapat nasihat daripada doktor oakar yang lebih arif tentang hal itu.

"Saya percaya semua orang ada pendapat masing-masing dan tidak semua orang suka kita. Tapi yang penting kita tahu apa yang kita buat.

"Tidak perlu dengan kata negatif, saya sudah berjumpa doktor profesional yang lebih tahu dan memberi nasihat dalam hal ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon Cinta Bukan Kristal ini diminta mengulas tentang komen-komen netizen yang mempersoalkan keadaan rahimnya selepas anak sebelum ini belum setahun selepas disahkan hamil kembali.

ARTIKEL BERKAITAN: “Video peribadi itu antara saya dan suami” - Ayu Raudhah komen video nakal mirip Zaquan

Dalam pada itu, Ayu berkata, apa yang lebih penting ialah sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling.

"Netizen suka pandang dari sudut yang lain, tidak apalah maafkan sahaja mereka.

"Bagi saya yang penting dapat sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling kita,” ujarnya.

Sementara itu, Ayu yang dijangka melahirkan cahaya mata pada Februari depan mengakui tidak terlalu berharap tentang jantina anak keempatnya itu.

"Kali ini tak kisah sebab sudah ada lelaki dan perempuan. Kalau perempuan saya tidak perlu buat persiapan banyak kerana pakai sahaja kakak dia punya.

"Tapi kalau lelaki saya terpaksa beli dan buat persiapan lain kerana abang-abang dia sudah besar,” ujarnya.

Ayu berkahwin dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 30, pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zulaykha, 1 tahun.

Ayu Raudhah

Artikel Lain