suria

Fasha Sandha, Aidil Aziz dah jumpa keluarga

Hubungan Fasha Sandha dan Aidil Aziz bukan lagi menjadi rahsia. FOTO: Instagram Aidil Aziz

CHERAS: Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia dan Aidil Aziz sudah mengenali dan bertemu keluarga kedua-dua belah pihak.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 34, berkata Aidil antara lelaki paling rapat dengan dua orang anaknya menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayfal, 4, dan Putri Raysha Jemaima berusia tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kami bersaudara, lebih baik berdamai! Nora… Fasha mohon maaf

“Saya dan Aidil dah saling mengenali keluarga masing-masing. Saya pernah jumpa keluarga dia dan dia juga pernah bertemu keluarga saya.


Fasha menyuap kek sempena ulang tahun kelahiran Aidil yang ke 31 pada Julai lalu.

“Anak-anak saya pun selesa disamping Aidil. Malah, Aidil antara lelaki yang paling rapat dengan Rayfal dan Jemaima selain bapa mereka.

“Kalau ikutkan anak perempuan saya susah nak rapat dengan orang tapi dengan Aidil ni senang saja. Mungkin sebab Aidil ada aura budak-budak,” kata Fasha kepada mStar Online.

Fasha ditemui ketika majlis memperkenalkan dia sebagai ikon produk ubat gigi Aura White di Meet & Dine, Budiman Business Park, di sini pada Rabu.

Fasha akui mereka berkawan baik sejak Aidil, 31, bergandingan dengannya untuk sitkom Mamu Mami Gosip pada awal tahun ini.

Fasha kini menjadi duta untuk ubat gigi Aura White.

Aidil, 29, pula sebelum ini pernah melalui detik-detik kontroversi selepas ditahan selama dua bulan di penjara atas kesalahan berkaitan dadah hujung tahun 2016.

Dalam perkembangan lain Fasha sangat menitikberatkan tentang kualiti sesuatu produk sebelum menerima sebarang tawaran menjadi duta.

“Sebelum saya terima tawaran jadi ikon produk tu, saya mencuba terlebih dahulu selama beberapa bulan.

“Saya tak pentingkan bayaran tapi lebih kepada kualiti. Bila produk tu berkualiti baru la saya terima untuk jadi duta. Saya tak nak tipu orang kalau produk tu tak bagus,” ujarnya.

Fasha Sandha, Aidil Aziz

Artikel Lain