suria

Iqram Dinzly Jemput Mufti Ke Rumah

Iqram Dinzly jemput Mufti ke rumahnya untuk perbincangan.

PELAKON Iqram Dinzly meminta Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk bertemunya di Ipoh, Perak bagi membincangkan keadaan dirinya.

Iqram, 36, berkata, dia mahu isu dan perbincangan tersebut turut disertai oleh ibunya yang dirasaikan memahami situasi yang sedang dilalui ketika ini.

"Saya ingin menjemput Dr Zulkifli untuk hadir ke #dinzlystudiotalaqqi (kediamannya) untuk berkongsi rasa dan rahsia bersama bonda tercinta.

"Saya hormat keputusan bonda yang tidak mahu kemana-mana selagi masih dalam idah," ujarnya di Instagram pada Khamis.

Banyakkan Baca al-Quran, Mufti Mahu Jumpa Iqram

Iqram kini menetap di Ipoh, Perak bersama keluarganya. 

Dia kehilangan bapa iaitu Allahyarham Muhammad Saipuddin Ahmad pada 10 Oktober lalu.

Terdahulu, pada Rabu, Zulkifli menerusi kenyataan terbuka menasihati pelakon itu supaya mendekati al-Quran selain memperbanyakkan zikir.

Zulkifli yang mengetahui tentang perkara tersbeut selepas menonton beberapa video secara langsung yang dilakukan oleh pelakon berkenaan yang menjadi tular di laman sosial.

Beliau yang menghulurkan salam perkenalan menjemput aktor itu hadir ke pejabatnya di Putrajaya bagi membolehkan pihaknya untuk mengenali antara satu sama lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain