suria

GSC Lancar Panggung Ke-35 Di Melawati Mall

Barisan pelakon filem Abang Long Fadil 2 di majlis pelancaran panggung wayang ke-35 GSC berkonsepkan budaya dan seni.

AMPANG: Golden Screen Cinemas (GSC) melancarkan panggung wayang ke-35 berkonsepkan budaya dan seni yang bernilai RM15.5 juta bertempat di Melawati Mall di sini.

Ketua Pegawai Ekskutif GSC Sdn Bhd, Koh Mei Lee berkata, pawagam baharu itu menyediakan 10 panggung digital dengan 1,424 tempat duduk, dilengkapi teknologi bunyi Dolby Atmos dan DBOX yang memberi pergerakan kepada tempat duduk selari dengan imej dan pergerakan filem.

"Sebanyak RM15.5 juta telah dilaburkan oleh pihak GSC dan Sime Darby CapitaLand Managemet untuk membina pawagam berkonsepkan seni di Melawati Mall.

"Pawagam GSC ke-35 ini bukan sahaja menyediakan 10 panggung digital tetapi ia turut dilengkapi dengan sistem bunyi berteknologi tinggi iaitu Dolby Atmos dan DBOX yang akan memberi kepuasan luar biasa kepada penonton.

"Ia bukan sahaja memberi bunyi luar biasa tetapi pergerakan tempat duduk selari dengan imej dan pergerakan filem ditayangkan," katanya.

Datuk AC Mizal menurunkan tandatangan di poster filem Abang Long Fadil 2.

Mei Lee ditemui pada majlis pelancaran GSC Melawati Mall yang diadakan pada Khamis.

Turut hadir pada perasmian itu adalah barisan pelakon filem Abang Long Fadil 2 iaitu A. Galak, Wak Doyok, Mas Khan dan Datuk AC Mizal. 

Pengarahnya Syafiq Yusof turut membuat kemunculan bersama bapanya Datuk Yusof Haslam bagi mempromosikan filem itu pada acara tersebut.

Sementara itu, Mei Lee berkata, bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-60, GSC tampil dengan tema Jalur Gemilang menerusi produknya termasuk tiket, bekas bertih jagung dan pada paparan skrin selain pelbagai tawaran menarik sehingga 10 September.

Wak Doyok antara yang hadir menjayakan  Pelancaran Panggung Wayang ke-35 GSC di Melawati Mall.

Sepanjang sambutan itu, GSC menawarkan pelbagai filem tempatan dan antarabangsa termasuk Abang Long Fadil, American Made (31 Ogos), IT (7 September), Kingsman: The Golden Circle dan The Lego Ninjago Movie (21 September).

"Malah pihak GSC turut menawarkan diskaun sebanyak RM8 kepada pengguna Grab Car untuk ke GSC Melawati Mall dari 24 Ogos hingga 10 September.

"Selain itu GSC turut menawarkan poster, bertih jagung percuma selain peluang bergambar dengan karakter superhero yang akan membuat kemunculan," katanya.

Untuk rekod, GSC mempunyai 383 panggung di 44 lokasi di seluruh Malaysia dan Vietnam.

GSC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain