suria

Juara Kecoh Suria Diketahui Pagi Esok

Kumpulan manakah yang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000?

TIGA minggu bertarung, kumpulan manakah yang akan dipilih sebagai juara keseluruhan Kecoh Suria yang sekali gus bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000?

Segala-galanya akan terjawab pada Jumaat apabila ia akan diumumkan pada pukul 8 pagi menerusi menerusi saluran Suria FM dan juga Facebook Suria Malaysia.

Kecoh Suria merupakan sebuah ‘game show’ yang melibatkan bakat seperti menyanyi, menari dan berlakon. 

Sebanyak tiga kumpulan telah berentap selama empat minggu bagi merebut hadiah utama wang tunai berjumlah RM10,000! 

Peserta Kecoh Suria terdiri daripada penyampai radio Suria seperti Shahrol Shiro, Zulin Aziz, Fizi Ali, Tyzo, Suraya dan DJ Lin. 

Malah ia turut digamatkan lagi dengan penglibatan selebriti tanah air seperti Izzue Islam, Zarul Husin dan Amy Mastura. 

Setiap episod juga dihadiri juri jemputan seperti Azwan Ali, Saiful Apek, Pat Ibrahim dan Joey.

Antara aksi lucu Shahrol Shiro, Zarul Husin dan DJ Lin.

Dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Karipap Kaboom, Kumpulan Cekodok Panas dan Kumpulan Nasi Lemak Power, setiap kumpulan diberikan tugasan atau cabaran yang berbeza genre setiap minggu. 

Tugasan tersebut dinamakan sebagai Lagu Kecoh, Joget Kecoh, Kecoh Sebabak dan Mulut Kecoh.

Lagu Kecoh adalah tugasan yang menguji bakat peserta dalam bidang nyanyian dimana mereka dikehendaki menyanyikan lagu berdasarkan tema atau kata kunci yang mereka pilih melalui sampul warna.

Peserta diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan persediaan dan persembahan mereka tidak boleh lebih daripada 2 minit. Mereka juga dibantu oleh seorang gitaris untuk mengolah lagu berkenaan.

Amy mastura sentiasa menggamatkan suasana.

Bakat peserta dalam bidang tarian diuji melalui tugasan kedua iaitu Joget Kecoh. Jenis tarian telah diberikan kepada mereka melalui sampul warna. Peserta perlu menari jenis tarian berdasarkan sampul warna yang mereka pilih. 

Yang menariknya, juru tari professional juga disediakan bagi membantu peserta mengikut pilihan lagu kumpulan masing-masing. 

Kecoh Sebabak pula menampilkan bakat peserta-peserta dalam bidang lakonan. Mereka harus melakukan sketsa yang bertemakan Sukan Sea mengikut kreativiti masing-masing. 

Seorang kru produksi akan membantu mereka untuk menghasilkan efek bunyi atau pelbagai jenis efek lain yang diperlukan.

Tyzo, Izzue Islam dan Fizi Ali tak kalah dengan aksi spontan mereka.

Tugasan Mulut Kecoh sebenarnya adalah tugasan berbentuk ‘lip sync battle’ di antara peserta. Sebelum itu, mereka perlu memilih lagu melalui sampul warna. Melalui tugasan ini, kita akan dapat lihat bagaimana peserta ini mengolah persembahan mereka untuk memikat hati juri jemputan.

Kecoh Suria mula bersiaran pada 28 Julai 2017 sebanyak lima episod dan dihoskan oleh penyampai radio Suria sendiri iaitu Bob Ringgo.

Pemarkahan setiap persembahan dikira melalui permarkahan daripada juri jemputan dan pendengar masing-masing sebanyak 50 peratus.

Suria FM

Artikel Sebelum

Marsha Anggap Ia Doa

Artikel Berikut

Artikel Lain