suria

Apa Ni Datuk Aliff, Minta Komen Tapi Marah?

Aliff Syukri diketahui antara selebriti yang aktif berkongsi foto-fotonya di laman Instagram.

"MINTA komen ikhlas tapi kenapa Datuk marah?" itu antara komen netizen yang memenuhi Instagram milik jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri sejak ia dimuatnaik pada Selasa.

Aliff Syukri menerusi posting tersebut memuatnaik sekeping gambar dia dalam sebuah studio rakaman dengan aksi sedang menyanyi penuh penghayatan.

Menerusi gambar tersebut dia menulis keterangan seperti berikut: "Vokal bukan sekadar rupa. Korang rasa ada bakat tak saya? Komen Ikhlas tau," tulisnya.

Merujuk kepada keterangan gambar tersebut, ramai netizen mengambil peluang itu untuk meluahkan pandangan dan pendapat.


Foto yang dimuatnaik Aliff Syukri dengan keterangan gambar mengundang kencaman netizen.

Perkara ini termasuklah golongan haters yang sentiasa menunggu peluang untuk 'menghentam' pengasas produk D'herbs ini apatah lagi keterangan pada gambar tersebut seolah-olah sengaja mengundang kecaman.

Antara komen yang ditinggalkan berbunyi, " Tak sedap langsung... la kenapa Datuk marah bila orang komen. Dah Datuk yang tanya kan. Bila suruh orang komen tu kenalah terima... kadang-kadang merepek juga Datuk ni," tulis @are_deq89.

Malah ada yang turut mencadangkan agar beliau hanya memberi fokus pada perniagaannya sahaja serta melupakan hasrat bergelar penyanyi.

Posting tersebut menerima lebih 300 komen.

Mungkin terasa dengan segelintir pandangan dan kritikan yang ditulis netizen, Aliff Syukri turut dilihat membalas komen secara umum meminta netizen menjaga hatinya.

Datuk Aliff Syukri

Artikel Berikut

Artikel Lain