suria

Aliff Tanya, Mana Afifah Tidak Muncul?

Aliff Aziz

PENYANYI Aliff Aziz merayu aktres Afifah Nasir agar bersikap profesional meneruskan penggambaran drama lakonan mereka yang tertangguh gara-gara dia ditahan polis.

Aliff, 26, berkata, penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu hanya berbaki lima hari sahaja lagi namun tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan Afifah. 

"Saya minta maaf kepada pihak produksi yang terjejas dengan isu ini. Selepas saya keluar dari lokap keesokan harinya (Sabtu) saya terus ke lokasi penggambaran kerana tak mahu menyusahkan mereka," kata Aliff kepada mStar Online. 

Aliff diminta mengulas perkembangan mengenai drama lakonannya selepas dia terpalit dengan isu ‘kantoi’ dengan aktres Nur Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke, Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

 

Status yang menjadi tular di laman sosial.

Dalam kejadian berkenaan isteri Aliff iaitu Bella Astillah, 23, bersama ibunya menemui Aliff dengan Afifah sedang berhibur di pusat hiburan itu sehinggalah berlakunya pergelutan antara suami-isteri berkenaan. 

Menurut Aliff, pihak produksi memberitahunya Afifah menghadapi masalah kesihatan dan akan datang ke lokasi pada hari berikutnya namun dia tidak juga muncul. 

"Saya harap sangat Afifah bersikap profesional dan habiskan penggambaran ini, kasihan pada pihak produksi yang akan menanggung kerugian," ujarnya. 

Dalam pada itu Aliff berkata, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan memuatnaik status palsu di laman Twitter.

Individu itu kata Aliff, bukan sahaja menggodam Twitter miliknya malah turut memuat naik kata-kata kesat dengan mendedahkan nombor telefon palsu yang kononnya milik dia. 

"Itu bukan status yang saya muat naik, Twitter saya sudah lama tidak aktif kerana terlupa kata laluan. 

"Malah sejak isu ini timbul ada pihak yang menggodam akaun saya dan muat naik kenyataan buruk serta menyertakan nombor telefon yang kononnya kepunyaan saya," ujarnya. 

Perkara itu telah mengakibatkan pemilik sebenar nombor telefon itu menghadapi masalah apabila menerima ribuan panggilan yang tidak dikenali.

Aliff Aziz, Afifah Nasir

Artikel Sebelum

Artikel Lain