Facebook Palsu Hentam Afifah Nasir - Hiburan | mStar

Facebook Palsu Hentam Afifah Nasir

Nama Afifah Nasir menjadi perhatian selepas dia dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah.

PANTANG ada peluang, maka muncullah pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi kontroversi dengan mewujudkan akaun Facebook palsu bagi menghentam Afifah Nasir.

Hasil pemerhatian mStar Online, akaun tersebut diwujudkan sejak Jumaat lalu dan sehingga artikel ini ditulis ia telah pun mempunyai leih 33,000 pengikut.

Menerusi akaun itu, beberapa siri foto Afifah yang dipercayai dicedok daripada Instagram miliknya dimuat naik dengan kapsyen yang berbaur provokasi dan seolah-olah mempersendakan kontroversi yang sedang melanda namanya ketika ini.

Lebih mengejutkan, setiap gambar yang dimuat naik mendapat perhatian pengikut akaun itu yang menurunkan ratusan komen selain ia dikongsi secara meluas.

Insiden Aliff Aziz Kantoi: “Kalau Afifah Salah, Dia Perlu Bertaubat” - Anzalna

Rata-rata pengikut juga mengambil kesempatan meluahkan perasaan tidak berpuas hati selain memaki hamun adik kepada aktres Anzalna Nasir itu dengan pelbagai tuduhan dan gelaran selepas namanya dikaitkan senbagai punca rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan isteri, Bella Astillah berantakan.

Akaun palsu yang diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama Afifah Nasir.

Marah benar nampaknya netizen terhadap Afifah walaupun rata-rata tidak mengetahui situasi sebenar yang menimpa pelakon itu dan berterusan meninggalkan komen dan kritikan pedas terhadapnya!

Bagaimanapun ada juga pengikut yang meminta tidak terus menjatuhkan hukum kepada Afifah selagi tuan badan tidak tampil menjelaskan situasi sebenar.

Dunia hiburan pada Jumaat lalu dikejutkan dengan berita apabila Aliff  ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita di pusat hiburan berkenaan yang mana wanita itu ialah Afifah.

Sementara itu, Afifah ketika dihubungi memberitahu dia tidak pernah memiliki sebarang akaun Facebook.

Afifah Nasir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Bujang Takut Dekati Farahdhiya

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain