suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shaheizy Sam & Syatilla Dapat Anak Lelaki

Tahniah Syatilla dan Sam dapat anak lelaki.

PETALING JAYA: Aktres yang juga isteri kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 10 pagi Selasa.

Bayi sulung tersebut dilahirkan di Pusat Perubatan Ampang Puteri dekat sini.

Sam atau Shaheizy Sam Abdul Samad, 34, menerusi laman sosial Instagram menzahirkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikurniakan itu.

"Alhamdulillah, terima kasih atas dia yang baik-baik daripada anda semua. Apa nak bagi nama dia ek?," tulisnya.

Sementara itu, ibu kepada aktor berkenaan iaitu Khaty Fauziah turut meluahkan rasa gembira apabila kedua-dua ibu dan bayi tersebut berada dalam keadaan selamat.

"Alhamdulillah, selesai sudah... hari ini 9.05.2017 lahirnya seorang insan lelaki. Tahniah anakandaku," ujarnya.

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sah bergelar suami isteri pada 8 Februari 2016 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang.

Suyatilla Melvin, Shaheizy Sam

Artikel Lain