“Saya Sampai Awal, Rakaman Tu Belum Mula” – Siti Nordiana - Hiburan | mStar

“Saya Sampai Awal, Rakaman Tu Belum Mula” – Siti Nordiana

KUALA LUMPUR: Ketika populariti sedang naik, timbul pula kisah tak sedap didengar tentang Siti Nordiana.

Ketika menjuarai pentas Gegar Vaganza musim kedua lalu, sudah timbul isu dia mula ‘demand’ dengan meletakkan harga bayaran tinggi.

Terbaharu, tersebar pula gosip Siti Nordiana atau Nana, 33, buat hal lagi kononnya sengaja datang lambat ke lokasi sebuah penggambaran.

Kami mendapatkan jawapan daripada Nana!

Siti Nordiana

"Saya tidak pernah datang lambat pada mana-mana program kerana pengurus saya akan bagi call time dua jam awal daripada masa sebenar.

"Saya mengaku ada minta agar produksi awalkan giliran  saya untuk rakaman program hiburan baru-baru ini. Ketika itu saya sampai awal tetapi program itu tidak mula lagi.

“Sedangkan saya perlu ke lokasi lain untuk persembahan secara langsung anugerah pada sebelah malam," ujarnya kepada mStar Online.

Dia ditemui pada majlis pelancaran program Cipta Kawan Cheek-e yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, di sini, Isnin.

Siti Nordiana mengulas tentang berita di ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad lalu yang mendakwa dia 'buat hal' iaitu datang lambat dan meminta untuk didahulukan temubual.

Penyanyi lagu Terus Mencintai ini mengakui terkilan dengan tuduhan yang boleh memberi persepsi buruk terhadap disiplin dirinya.

"Saya sedikit terkilan kerana sebagai artis saya sedaya upaya ingin memberi sokongan kepada program-program tempatan. Namun tidak sangka pula lain jadinya," katanya.

Bagaimanapun, Siti Nordiana meminta maaf jika perkara itu menyusahkan seluruh pihak produksi berkenaan.

"Saya enggan panjangkan cerita ini, kalau ada yang terasa hati, saya minta maaf," ujarnya.

 

Siti Nordiana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain